Travelouge

Kita dapat membaca banyak artikel dan buku mengenai pengalaman-pengalaman pengembara dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam satu naskah dipanggil travelouge. Contohnya pengalaman Datuk Azhar Mansor yang mengelilingi dunia dengan kapal layar, pasangan yang menaiki basikal, motosikal atau kereta mengelilingi benua Asia, kembara Petronas yang menjelajah negara-negara di Asia, Afrika ataupun Timur Tengah. Buku mengenai pengalaman mereka diterbitkan dalam naskah yang warna-warni dengan gambar dan harganya mak hoi!.....
Saya pernah mencari buku seperti ini yang ditulis oleh profesional atau pelajar yang pernah ke luar negara di kedai buku, namun hampa buku travelouge seperti ini tidak ada dalam pasaran. Adakah hanya golongan yang ditaja oleh syarikat multinasional dan kerajaan sahaja boleh menghasilkan buku pengalaman mereka mendaki gunung everest, kutub utara dan selatan dan sebagainya dalam bentuk travelouge. Ramai pembaca di luar sana itu ingin membaca pengalaman atau perkara yang pelik atau aneh yang dialami oleh masyarakat malaysia apabila melancong ke sesebuah negara luar. Tanpa inisiatif dari penerbit buku, maka buku seperti ini mungkin tidak akan berada di pasaran untuk bacaan umum.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home