©Hakcipta Terpelihara.

©Hakcipta Terpelihara. Jika ada pihak yang berminat untuk menggunakan sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya.

Thursday, October 26, 2006

Projek Lepas Hari Raya

Projek menulis buku ini tidak ada titik noktahnya kerana selagi ada idea mengalir dari otak. Walaupun cuti raya selama seminggu,namun otak ini tidak pernah berhenti berfikir tentang buku-buku yang bakal ditulis. Janji ada pen dan sehelai kertas di hadapan, apa lagi tangan sudah mula gatal untuk melakar sesuatu di atas kertas kosong itu. Apa lagi kalau selalu mendapat dorongan dari Sifu untuk menulis tentang Travelagoue dan Jibunshi. Lepas raya ini, minggu peperiksaan dan memasukkan markah pelajar. Kemudian cuti semester sehingga Januari 2007, namun hidup di menara gading mana ada istilah cuti untuk pensyarah...ada saja kursus itu, bengkel ini, ISO sana, seminar sini dan sebagainya. Oleh itu, masa untuk menulis ini pandai-pandai ajelah...macam hari ini...berada di perpustakaan awam....untuk melepaskan geram menulis dalam blog tersayang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home