Dunia buku dan Dunia Cyber
Fenomena yang melanda anak-anak kita pada masa ini ialah dunia permainan cyber. Mereka boleh leka berada di cyber-cafe untuk jangka masa yang panjang semata-mata untuk melayani nafsu mereka bermain permainan cyber. Alangkah indahnya kalau anak-anak ini boleh duduk di perpustakaan mengulangkaji pelajaran atau membaca buku untuk menambah ilmu pengetahuan. Walaupun bayaran untuk bermain cyber-cafe dalam lingkungan RM2.00 hingga RM3.00 satu jam, namun anak-anak ini sanggup membelanjakan wang saku atau duit raya untuk bermain permainan cyber. Kata mereka harga buku sangat mahal, namun adakah mereka sedar hanya berada di cyber-cafe selama 3 hingga 4 jam sehari sahaja,mereka boleh membeli sebuah buku bacaan.
Apa yang membimbangkan ialah permainan cyber kebanyakan berunsur keganasan termasuklah permainan perang atau perlumbaan laju yang kemungkinan boleh mendorong anak-anak ini untuk mencuba pada dunia sebenarnya pada suatu hari nanti. Mereka mungkin tidak puas hanya bermain dalam dunia khayalan tetapi mungkin mempunyai keinginan untuk mencubanya di dunia sebenar pada suatu hari nanti.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home