©Hakcipta Terpelihara.

©Hakcipta Terpelihara. Jika ada pihak yang berminat untuk menggunakan sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya.

Thursday, November 02, 2006

ILMU DAN BIDANG PENULISAN

Adakah kita sedar bahawa banyaknya ilmu dan maklumat kita perolehi apabila kita mula menulis tentang sesuatu perkara? Kita seharusnya menulis sesuatu perkara dengan menjalankan kajian dan penyelidikan dan bukannya tangkap muat dari tulisan individu lain. Ilmu dan maklumat yang kita perolehi boleh digunakan untuk berdiskusi sesama rakan atau individu lain untuk mendapatkan pandangan atau kritikan. Pandangan dan kritikan individu lain boleh membuatkan kita mula terfikir adakah ilmu dan maklumat yang kita perolehi itu benar-benar sahih atau hanya merupakan pandangan segolongan manusia sahaja. Hanya dengan berbuat demikian, barulah ada anjakan paradigma dalam dunia ilmu di sekeliling kita. Satu soalan bermain dalam kotak fikiran saya, adakah fenomena ini berlaku dalam dunia ilmu kita????

0 Comments:

Post a Comment

<< Home