©Hakcipta Terpelihara.

©Hakcipta Terpelihara. Jika ada pihak yang berminat untuk menggunakan sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya.

Monday, October 30, 2006

Perpustakaan Jepun


Saya masih ingat semasa berada di negara Jepun, rumah sewa saya hampir dengan perpustakaan yang dikatakan paling canggih di negara Jepun. Para pengunjung boleh meminjam buku bacaan, CD, Video tape, DVD daripada perpustakaan ini. Seseorang dibenarkan meminjam sebanyak 10 hingga 20 buah buku untuk tempoh selama dua minggu. Apa yang menarik tentang perpustakaan ini ialah koleksi buku asing amat terhad berbanding dengan buku bahasa Jepun yang terdapat dalam bilangan yang berlipat ganda. Terdapat koleksi belajar bahasa bahasa dunia beserta dengan CD atau kaset, video tape yang berkaitan ilmu pengetahuan umum dan CD lagu-lagu Jepun dan antarabangsa, DVD filem yang terkini dan lama. Setiap hujung minggu saya habiskan di perpustakaan ini dengan membaca buku, majalah dan suratkhabar dari seluruh dunia. Waktu berjalan dengan begitu pantas sehingga saya tidak sedar sudah tiba waktu perpustakaan untuk ditutup.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home