
Buku Perbualan Asas Bahasa Jepun merupakan sebuah buku program pembelajaran kendiri yang direka khusus untuk mereka yang ingin mengenali dan menguasai bahasa Jepun dengan mudah. Buku ini mengandungi kata-kata sapaan, ungkapan-ungkapan dan perbualan-perbualan mudah yang digunakan oleh orang Jepun dalam kehidupan seharian mereka. Buku ini mengandungi 15 bahagain dan setiap bahagian mempunyai segmen kata-kata sapaan dan ungkapan-ungkapan yang tepat pada sesuatu situasi. Buku ini ditulis dengan huruf rumi supaya boleh digunakan oleh semua golongan masyarakat walaupun tidak pernah mempelajari system tulisan bahasa Jepun. Bentuk buku yang direka supaya boleh dibawa dengan mudah diharap boleh membantu pengguna buku.
Buku ini diterbitkan pada tahun 2005 dan harga pasarannya ialah RM9.00. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Penerbit UPM, Universiti Putra Malaysia pada nombor telefon
03-89468855.

Mempelajari sesuatu bahasa asing memerlukan komitmen dan kesungguhan terutama pada peringkat awal iaitu peringkat mengenai sebutan dan tulisan. Adalah amat penting bagi setiap pelajar mengenal sebutan dan tulisan. Adalah amat penting bagi setiap pelajar menguasai sebutan dan tulisan kerana ia merupakan langkah permulaan bagi sesiapa yang ingin mempelajari sesuatu bahasa yang lain dari bahasa ibunda.Bahasa Jepun mempunyai tiga jenis tulisan iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji. Buku ini adalah sebuah buku kerja untuk tulisan Hiragana dan Katakana. Pengalaman mengajar melebihi sepuluh tahun oleh setiap tenaga pengajar bahasa Jepun di Universiti Putra Malaysia telah dijadikan panduan bagi menerbitkan sebuah buku yang mudah difahami bukan sahaja oleh pelajar Institusi Pengajian Tinggi tetapi juga masyarakat umum yang ingin mempelajari penulisan dan cara membaca tulisan Jepun.
Muhd Alif Redzuan, Roslina Mamat, Sanimah Hussin and Yamato Eriko
2005
118 pages
Retail Price: RM25.00
0 Comments:
Post a Comment
<< Home