Orang Jepun pandai berbahasa Melayu

Sewaktu drama Oshin mula ditayangkan di RTM, ia menjadi sebuah siri drama yang amat diminati oleh masyarakat Malaysia pada tahun 1986. Drama Oshin yang disiarkan di RTM pada setiap hari Isnin hingga Jumaat selama sejam mulai pukul 4.30 petang itu sentiasa dinantikan setiap wanita terutama suri rumah. Kisah seorang wanita muda yang berjaya menjadi usahawan walaupun mneghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya. Siri drama ini jelas menunjukkan bahawa hidup ini bukan semanis yang kita sangka. Kita harus belajar dan belajar dari kesilapan kita sebelumnya untuk mencari formula yang terbaik untuk meraih kejayaan dalam hidup.
Drama Oshin itu mengingatkan saya tentang dialog-dialog yang saya rasa pelik didengar kerana tidak terdapat dalam bahasa dan budaya kita. Contohnya, "Saya sudah Balik"'," Awak dah balik" dan sebagainya. Apabila saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun, barulah saya faham mengapa dialog-dialog seperti itu terdapat dalam kehidupan masyarakat Jepun.Kini drama itu mula ditayangkan semula di TV9. Apa yang hebat tentang drama ini ialah pelakon-pelakon dalam darama in i semuanya fasih berbahasa Melayu kerana sudah dialihsuara.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home