©Hakcipta Terpelihara.

©Hakcipta Terpelihara. Jika ada pihak yang berminat untuk menggunakan sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya.

Friday, October 06, 2006

Nilai-nilai murni dalam Koleksi Cerita Rakyat

Koleksi cerita Rakyat Jepun (1) telah dihasilkan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan estetika yang semakin lama pudar dari kalangan masyarakat kita. Masyarakat Jepun masih mempertahankan nilai-nilai dalam sistem sosial mereka walaupun merupakan peneraju dalam dunia Sains dan Teknologi. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan dalam cerita rakyat ini mampu membuatkan sesiapapun merenung sejenak mengenai kehidupan seharian kita di atas bumi bertuah ini. Di samping itu, pelukis Illustrasi Jepun memberikan kesan asli ke atas illustrasi dalam buku ini. Malahan para pembaca dapat mempelajari kosa kata bahasa Jepun yang ditulis dalam tulisan rumi dengan maknanya dalam bahasa Melayu. Nama-nama wilayah di negara Jepun juga dilakarkan dalam bentuk peta untuk tatapan para pembaca.

Nilai-nilai murni dalam buku (1)

Air Mata Ajaib - Sikap tamak mengakibatkan Kerugian
Gusti Sumo Tikus - Sedekah kepada makhluk Allah membawa Berkat
Isshun-Boshi - Bentuk fizikal seseorang tidak menentukan kejayaan seseorang.
Kintaro - Kebijaksanaan menggunakan keberanian dan kekuatan.
Lelaki tua Misteri - Menghormati orang lebih tua. Sikap kedekut membawa padah.

Kosa kata bahasa Jepun
Yama - gunung
Tori - burung
Hana -bunga dan banyak lagi kosa kata dalam buku koleksi cerita rakyat Jepun (1).

Jangan lupakan peluang untuk memiliki buku yang sungguh istimewa ini. Anda boleh juga hadiahkan kepada sesiapa sebagai cenderahati ataupun hadiah istimewa. dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran dengan anda.

1 Comments:

Blogger umaq_eiman said...

bagus sungguh anak melayu seperti saudara tak cukup dengan pelajaran cerita rakyat di nusantara diimport lagi tambahan dari jepun pula.

sempatkah anak anak kita mengoreksi isi teladannya?

10:05 AM  

Post a Comment

<< Home