©Hakcipta Terpelihara.

©Hakcipta Terpelihara. Jika ada pihak yang berminat untuk menggunakan sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya.

Friday, March 02, 2007

Mengenal Budaya membaca Masyarakat Jepun (1)

Ramai orang tertanya-tanya bagaimana negara Jepun yang kalah dalam Perang Dunia ke-2 boleh bangkit semula dalam masa 20 tahun sahaja sebagai kuasa ekonomi dunia. Masyarakat Jepun yang hidup pada ketika masih mengalami trauma sehingga sekarang akibat bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Namun demikian, kisah penjajahan tentera Jepun di benua Asia tidak pernah dicatatkan dalam buku sejarah sekolah. Hanya kisah kesengsaraan rakyat Jepun akibat pengeboman bom atom ditulis panjang lebar dalam buku sejarah sekolah.

Rahsia negara Jepun bangkit sebagai kuasa ekonomi dunia adalah di dorong oleh semangat kerja rakyat Jepun yang rajin dan tekun. Mereka sanggup bekerja siang malam untuk memajukan negara mereka. Selain itu, budaya rakyat Jepun yang suka membaca untuk meningkatkan tahap ilmu pada diri mereka dan menilai semula kerja mereka untuk mendapatkan hasil yang lebih baik juga menjadi tongak kepada kejayaan negara Jepun sebagai negara maju setanding dengan negara barat. Tak hairanlah kalau dikatakan penduduk Jepun memang suka membaca buku tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Menurut sebuah majalah Jepun, jumlah kedai buku di negara Jepun adalah sama banyak dibandingkan dengan negara Amerika Syarikat. Ini sekaligus membuktikan bahawa masyarakat Jepun sangat menghargai budaya membaca dengan jumlah kedai buku yang begitu banyak untuk menampung permintaan peminat buku.

Di samping kedai buku yang menjual buku-buku terbitan terkini, terdapat juga kedai buku yang menjual buku-buku terpakai. Kedai buku yang menjual buku-buku terpakai membantu peminat buku mendapatkan buku-buku yang mereka inginkan dengan harga yang lebih murah berbanding buku baru. Kadang-kala, buku lama yang tiada di pasaran boleh didapati di kedai ini.

Walaupun merupakan kedai buku terpakai, namun buku-buku yang dijual dimasukkan dalam bekas plastik dan dijaga dengan rapi seperti buku baru. Kedai buku ini dibuka sehingga waktu tengah malam kerana kehadiran peminat buku tanpa mengira waktu. Ada yang sanggup berdiri berjam-jam membaca buku melepaskan kebosanan yang melanda diri pada waktu malam. Sanggupkah kita buat seperti mereka di Jepun atau lepak di kedai mamak atau main internet atau main sms atau……………

0 Comments:

Post a Comment

<< Home