©Hakcipta Terpelihara.

©Hakcipta Terpelihara. Jika ada pihak yang berminat untuk menggunakan sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya.

Friday, March 02, 2007

Bandar Buku Terpakai dan Buku Lama












Bandar Jimbocho, Tokyo – Bandar Buku Terpakai dan Buku Antik

Bandar Akihabara di Tokyo memang terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah syurga barangan elektrik atau elektronik. Manakala bagi alatan sukan pula bandar Ogawamachi merupakan tempat yang paling sesuai. Bandar Ochanamizu pula terkenal dengan barangan muzik seperti gitar, piano dan sebagainya.

Peminat buku sama ada buku baru, buku terpakai dan buku lama tidak boleh melepaskan peluang melawat bandar Jimbocho sekiranya berpeluang melawat negara Jepun. Bandar Jombocho terkenal sebagai pusat buku terpakai dan buku lama Jepun. Barisan kedai yang tersusun di bandar ini terdiri dari kedai buku dan penerbit buku yang menjual pelbagai jenis buku.

Pengalaman berjalan di bandar Jimbocho merupakan satu pengalaman menarik kerana terdapat ratusan kedai menjual buku lama dan buku yang tidak ada dalam pasaran lagi. Peminat buku dapat melihat susunan buku lama yang diletakkan menghadap pintu masuk dengan tag harga di atasnya. Ada kedai yang memfokuskan kepada buku peta sahaja ataupun koleksi cetakan blok kayu yang menghasilkan komik zaman dahulu ataupun pelbagai bidang yang lain. Bilakah bandar seperti Jimbocho akan muncul di sini?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home