Jibunshi 2

Gambar Ihsan :**http://www.kotoni.net/news/n010410jibunshi
INILAH KEHIDUPAN SAYA: TUA DAN MUDA HASILKAN JIBUNSHI
Artikel yang ditulis pada 22 September 2000 di sebuah akhbar Jepun menyatakan bahawa golongan tua dan muda merentas Kepulauan Jepun dilanda gelombang menulis kisah hidup mereka. Manakala orang Jepun yang hidup dalam era Showa (Tahun M1926- 1989) telah melalui pelbagai perubahan politik, ekonomi dan sosial mempunyai pelbagai cerita untuk disampaikan kepada umum.
Hobi menerbitkan riwayat hidup sendiri (Jibunshi) dan menunjukkan kepada saudara-mara dan rakan-tolan adalah lumrah dalam masyarakat Jepun. Semenjak 10 tahun lepas, pusat komuniti kerajaan tempatan telah menawarkan kursus tentang cara menulis Jibunshi seseorang. Kini ada satu trend baru dalam menerbitkan Jibunshi iaitu dengan menggunakan internet- Jibunshi digital.
JIBUNSHI DIGITAL
Trend ini dipercayai dimulakan oleh sebuah halaman internet yang dicipta oleh Recruit Corp. yang membenarkan orang awam menghantar maklumat Jibunshi secara online. Halaman internet yang dikenali sebagai kelab Jibunshi telah menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Pengguna boleh memasukkan maklumat mereka pada bila-bila masa sahaja.

Di samping itu, pakej perisian komputer telah berada di pasaran semenjak tahun 1999 untuk mempermudahkan sesiapa sahaja yang bukan penulis untuk menulis Jibunshi mereka. Perisian yang dikenali sebagai Legenda Peribadi Jibun Densetsu merupakan hasil kerjasama antara syarikat pembuat permainan komputer Namco dengan Institut Penyelidikan Pembelajaran Sepanjang Hidup Nokai. Pengguna perisian ini boleh merekodkan pengalaman sendiri dan cerita pendek dengan berpandukan arahan di skrin komputer tanpa masalah sehingga Jibunshi mereka siap.
Terdapat jadual kronologi untuk merekodkan tarikh penting seperti tarikh lahir, tarikh memasuki sekolah dan sebagainya dalam bahagian pertama perisian komputer ini. Kemudian bagi setiap tahap kehidupan (bayi, sekolah rendah, awal remaja, belia dan sebagainya) akan terpampang soalan pada skrin komputer. Berdasarkan kepada data inilah, pengguna akan menghasilkan Jibunshi mereka. Perisian ini juga memberikan panduan berguna kepada pengguna seperti, “Sama ada hasil tulisan seseorang akan menarik perhatian pembaca atau tidak, tidak boleh ditentukan oleh tiga baris ayat yang pertama,”
PEMBINAAN PERPUSTAKAAN KHAS
Beberapa ratus naskah Jibunshi terbitan persendirian oleh lebih kurang 160 buah syarikat percetakan dari seluruh Jepun telah diperkenalkan dalam satu halaman internet yang dikenali sebagai Self-Publishing Network (dalam bahasa Jepun). Malahan terdapat sebuah perpustakaan yang menempatkan lebih kurang 15,000 buah naskah Jibunshi di daerah Sinagawa, Tokyo. Pada tahun 1999, bandar Kasugai di Wilayah Aichi telah membuka Pusat Kesenian dan Kebudayaan iaitu sebuah perpustakaan khas untuk koleksi Jibunshi. Sebelum itu pada tahun 1992, beberapa individu di wilayah Yamanashi telah membuka Perpustakaan Kesusasteraan Jibunshi dengan koleksi 3,000 buah naskah Jibunshi.
Beberapa anugerah dan hadiah telah diperkenalkan sebagai menghargai usaha individu-individu yang menghasilkan Jibunshi. Antaranya ialah Anugerah Kesusasteraan Jibunshi dan Anugerah Jibunshi Jepun oleh Persatuan Jibunshi Jepun. Malahan ada individu yang merakam kisah hidup mereka dalam perakam video dan menghasilkan filem dokumentari dengan mereka memegang watak utama.
Lumrah bagi manusia untuk mengenal asal-usul mereka dan menceritakan kepada anak cucu mereka tentang kisah kehidupan mereka. Penulisan Jibunshi memberikan manusia peluang keemasan untuk menilai semula hidup mereka dimana bukan sahaja pengalaman orang tua yang menghadapi pelbagai rintangan dalam hidup tetapi pengalaman orang muda yang sedang berusaha mencari hidup yang sempurna.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home