©Hakcipta Terpelihara.

©Hakcipta Terpelihara. Jika ada pihak yang berminat untuk menggunakan sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya.

Wednesday, February 28, 2007

Jibunshi


Kita biasa mendengar perkataan autobiografi atau biografi dalam media massa bercetak dan elektronik. Autobiografi atau biografi ialah cerita benar yang ditulis berdasarkan kepada riwayat hidup seseorang. Kebanyakkan biografi atau autobiografi yang terdapat di pasaran buku adalah mengenai tokoh-tokoh yang ternama dan telah berjasa kepada negara.
Jibunshi atau riwayat hidup mula menjadi sebahagian dari bidang autobiografi dan biografi di negara Jepun pada tahun 1975. Tidak banyak perkara yang diketahui tentang kemunculan Jibunshi di negara Matahari terbit kerana tidak ada kajian yang dilakukan terhadap bidang Jibunshi ini.
Ada yang menyatakan bahawa masyarakat Jepun menumpukan perhatian kepada penulisan Jibunshi pada tahun 1977 apabila drama bersiri ‘Roots’ mula ditayang di seluruh dunia. Siri ‘Roots’ ini mendapat sambutan hangat dan perhatian dari masyarakat Jepun pada ketika itu. Selepas itu, drama bersiri ‘Oshin’ pula ditayangkan dan mendapat kedudukan paling tinggi dalam carta drama yang ditonton oleh orang Jepun.
Kedua drama ini memperlihatkan semangat berjuang dan keinginan yang tinggi untuk meneruskan kehidupan masyarakat biasa walaupun menghadapai pelbagai cabaran dan rintangan. Malahan penonton dapat melihat perubahan yang berterusan cara hidup, budaya dan keadaan masyarakat dalam kedua-dua drama tersebut. Mereka dapat melihat kehidupan antara satu generasi dengan generasi yang lain dan nilai-nilai kehidupan yang berubah sepanjang jalan cerita drama itu.

Definisi Jibunshi
Cuba fikirkan apa yang dimaksudkan dengan Jibunshi? Adakah hanya sebuah cerita tentang riwayat hidup seseorang itu sahaja? Sebenarnya skop Jibunshi ini mencakupi dimensi yang lebih luas iaitu riwayat hidup seseorang dari masa lampau, semasa dan akan datang. Catatan kehidupan seharian juga dikatakan sebahagian daripada penulisan Jibunshi.


Daya Penarik Penulisan Jibunshi
Apabila seseorang menulis Jibunshi, dia sebenarnya menilai semula kehidupannya yang lampau dan ingin mengetahui tentang kehidupannya yang akan datang. Walaupun kemashyuran dan kekayaan seseorang akan hilang ditelan zaman, namun jibunshi merupakan warisan tinggalan masyarakat umum yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Jibunshi akan menjadi warisan yang tinggi nilainya kepada anak-cucu dan masyarakat kerana menceritakan drama-drama kehidupan yang berlaku dalam hidup manusia sebenarnya.

1 Comments:

Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Terima kasih atas maklumat ini.

7:03 AM  

Post a Comment

<< Home