©Hakcipta Terpelihara.

©Hakcipta Terpelihara. Jika ada pihak yang berminat untuk menggunakan sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya.

Saturday, March 03, 2007

Budaya Menulis Masyarakat Jepun (1)

Jumlah bacaan buku yang tinggi di kalangan masyarakat Jepun dipengaruhi secara tidak langsung oleh jumlah buku yang dihasilkan oleh penulis dan penerbit pada setiap tahun. Budaya menulis sudah diberi perhatian serius semenjak dari sekoleh rendah lagi. Pelajar sekolah rendah harus membuat karangan atau ‘sakubun’ pada masa cuti sekolah. Mereka harus menuliskan pengalaman yang di alami dan dilalui sepanjang cuti musim panas dan musim sejuk.

Malahan mereka harus menulis karangan mengenai ibu atau bapa dan dipersembahkan di hadapan kelas. Ibubapa akan hadir pada hari karangan itu dibacakan oleh anak mereka di hadapan kelas. Satu lagi perkara menarik ialah pelajar-pelajar ini diminta menulis mengenai cita-cita mereka apabila dewasa nanti sebelum mereka tamat sekolah rendah. Karangan pelajar-pelajar ini akan didokumentasikan oleh pihak sekolah supaya apabila pelajar ini dewasa kelak, mereka kembali ke sekolah untuk membaca karangan itu semula untuk mengenang semula nostalagia lama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home