Budaya Membaca Masyarakat Jepun (2)
Apabila kita masuk ke dalam kedai buku di negara Jepun, ada beberapa perkara yang akan menarik perhatian kita. Antaranya ialah saiz buku seperti novel, bacaan umum dan ilmiah dicetak dalam ukuran saiz saku supaya mudah dibawa ke sana sini. Pelbagai lapisan orang tidak kira tua muda lelaki wanita membanjiri setiap sudut kedai buku.
Pemandangan orang membaca buku tidak kira di mana sahaja merupakan satu perkara biasa di negara Jepun. Walaupun berada di taman bunga, bas, kommuter, kereta dan sebagainya orang Jepun tidak segan untuk membaca apa jenis bahan bacaan termasuk buku komik. Mungkin ramai yang terfikir bahawa koleksi buku bahasa Inggeris banyak terdapat di kedai-kedai buku di negara Jepun. Minta maaf, itu satu andaian yang tidak berapa tepat kerana amat sukar untuk menemui buku bahasa Inggeris di kedai buku biasa melainkan kedai buku Kinokuniya.
Buku-buku hasil karya pengarang terkemuka dunia diterjemahkan kepada bahasa Jepun oleh penerbit Jepun dalam kadar yang amat pantas. Peminat buku tidak perlu menunggu sehingga beberapa bulan untuk menikmati buku-buku bahasa asing yang paling laris di pasaran. Buku-buku terjemahan ini membolehkan semua golongan dan lapisan masyarakat membaca buku-buku ini tanpa menguasai bahasa asing. Malahan sukar untuk mencari buku-buku bahasa Inggeris di perpustakaan Pusat Pengajian Tinggi kerana kebanyakkan buku Ilmiah sudah diterjemahkan dalam bahasa Jepun.
Media elektronik juga memberikan sokongan kepada industri buku dengan menerbitkan program yang bertajuk ‘Hon-Ya no Seki-Guchi’ yang bermakna ‘Kaunter kedai buku’. Program ini memberi manafaat kepada penerbit buku untuk mempromosikan buku-buku terbaru mereka dan lazimnya seorang ikon masyarakat ( artis, penyanyi, pelawak, ahli sukan, tokoh masyarakat dan sebagainya) akan dijemput sebagai tetamu program untuk membuat ulasan mengenai isi sesuatu buku. Kemudian artis lain yang hadir dalam program tersebut diminta membeli buku itu berdasarkan kepada ulasan yang telah diberikan.
Apa yang menarik ialah isi buku yang diulas dijadikan sebagai bahan visual untuk tontonan di skrin televisyen. Masyarakat dapat memahami isi buku dengan lebih baik apabila melihatnya secara visual. Orang ramai yang berminat dengan buku tersebut bolehlah memesan melalui telefon. Ini sebenarnya membantu orang ramai yang sibuk dengan pelbagai aktiviti harian untuk membeli buku tanpa berkunjung ke kedai buku.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home