©Hakcipta Terpelihara.

©Hakcipta Terpelihara. Jika ada pihak yang berminat untuk menggunakan sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya.

Thursday, March 15, 2007

Tips menulis haiku

Siifu Haiku terulung Jepun iaitu Matsuo Basho telah menyatakan beberapa prinsip menulis haiku untuk tatapan generasi penulis haiku selepasnya. Beliau telah menekan tiga prinsip penting iaitu:

1. Keikhlasan Haiku
Penulis haiku perlu menyelami ilham yang dihasilkan dari pelbagai emosi dan juga kesan yang dibangkitkan oleh alam semulajadi melalui deria penglihatan dan pendengaran. Ini yang dikatakan sebagai pemikiran haiku yang sejati. Tanpa ada keikhlasan, taka ada semangat haiku. Tanpa semangat haiku, haiku itu bukan haiku sebenarnya.

2. Kerohanian.
Penulis haiku harus mempunyai kebolehan untuk menghubungkan pemikirannya dengan pengalaman kerohanian untuk menghasilkan haiku yang baik. Haiku berasal dari Waka (puisi Jepun). Waka menggabungkan nilai cinta kepada alam semulajadi dan musim.

3. Perubahan alam sekeliling
Perubahan alam sekeliling merupakan pusat semangat haiku.Cuba gunakan tiga prinsip yang dinyatakan di atas untuk sebagai asas untuk menulis haiku. Selamat mencuba

1 Comments:

Blogger MYA MARJA said...

Sahabat,
Terima kasih tips di sini. Kalau ada yang lebih terperinci tentang haiku, ingin saya belajar lagi. Terima kasih.

9:25 AM  

Post a Comment

<< Home