Sleeping Dictionary
Artikel tentang Sleeping Dictionary dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 12 Mac 2007 membuatkan pembaca termenung sebentar. Ini adalah kerana buku sejarah yang kita pernah gunakan di sekolah tidak pernah tercatit istilah seperti ini di dalamnya. Sebuah filem bertajuk "Sleeping Dictionary" telah diterbitkan pada tahun 2003. Lokasi pengambaran filem ini telah dilakukan di Kuching, Sarawak. Kisah mengenai seorang pegawai Inggeris yang datang ke Sarawak pada tahun 1930-an dan jatuh cinta dengan gadis tempatan. Gadis tempatan itu menjadi gundiknya dan mengajar bahasa serta budaya tempatan kepadanya. Kisah filem ini mengingatkan tentang masyarakat barat terutama yang kaum Adam yang datang ke Jepun sudah pasti mencari teman wanita Jepun. Hasilnya, mereka fasih menggunakan bahasa Jepun dengan fasih dalam jangka masa yang pendek tanpa ke sekolah untuk belajar bahasa Jepun.
1 Comments:
Askar Portugis yang datang dan menjajah Melaka juga mengambil perempuan-perempuan Melayu tempatan menjadi Gundik. Keturunan mereka banyak, sampai sekarang.
Di Indonesia, askar Belanda pun mengambil perempuan-perempuan tempatan menjadi 'selir'. Keturunan mereka pun banyak.
Makhdum-makhdum Arab yang datang berdakwah ke Nusantara pun banyak, bezanya mereka mengahwini perempuan-perempuan tempatan itu.
Post a Comment
<< Home