Komunikasi Merentas Budaya
Komunikasi yang berjaya lazimnya bergantung kepada pengalaman budaya yang sama antara penutur dan pendengar dalam sesuatu situasi komunikasi. Pelbagai masalah boleh timbul dalam komunikasi antara orang yang berbeza latarbelakang budaya walaupun mereka boleh berkongsi bahasa yang sama. Justeru, pengetahuan berbahasa asing tidak semestinya merupakan tiket kepada pengetahuan latarbelakang budaya penutur natif yang kita ketahui. Pengetahuan tentang budaya tentang sesuatu bangsa membantu sesuatu urusan komunikasi menjadi lebih lancer.
Seorang ahli perniagaan Jepun ingin memberitahu rakan kongsinya di Malaysia bahawa dia tidak berminat untuk melabur dalam perniagaan di Malaysia. Maka dia akan berkata, “Saya rasa sukar,”. Rakan kongsinya akan bertanya apakah yang patut dilakukannya supaya ahli perniagaan Jepun tidak berfikiran sukar untuk melabur dalam perniagaannya di Malaysia. Ahli perniagaan Jepun akan terperanjat mendengar kata-kata ahli perniagaan Malaysia. Ini adalah kerana dalam budaya Jepun, “Saya rasa sukar” membawa makna “Saya tak berminat langsung!”.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home