Seronoknya Melihat Orang Membeli Buku Kita
Malam tadi saya dan keluarga pergi ke Alamanda Putrajaya. Kini Mega sale sudah kembali lagi sehingga bulan September 2007. Kereta sesak memasuki kawasan meletak kereta di bangunan Alamanda. Pengawal keselamatan mengarahkan semua kereta yang seiring dengan saya turun ke tingkat bawah sekali kerana tingkat lain semuanya sudah penuh dengan kereta.
"Tak bahayakah letak kereta di tingkat bawah kerana luar sana masih hujan?" tanya saya sambil memusing stering mengarah kereta membelok ke bahagian tingkat bawah.
"Jangan risau. Ini Putrajaya bukan Kuala Lumpur." sampuk isteri saya dari belakang kereta.
Kami sekeluarga berjalan menuju ke arah lif. Ramainya orang menunggu untuk menaiki lif. Saya mencadangkan agar kami sekeluarga menaiki tangga ke tingkat satu. Mereka semua setuju dengan cadangan saya.
Isteri saya, ibu mertua dan anak saya ingin melihat pakaian yang dijual dengan harga potongan istimewa sempena Mega Sale di sebuah kedai menjual pakaian wanita jenama terkenal. Manakala saya pula berjalan menuju ke kedai buku MPH. Kaki saya terus melangkah ke arah rak buku kanak-kanak yang terletak tidak jauh dari pintu masuk. Begitu ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk membaca atau membeli buku. Mata saya melirik ke arah sekeping kertas iklan yang menyatakan potongan harga untuk buku terpilih.
Tangan saya terus membelek buku-buku yang tersusun kemas di rak buku tersebut. Saya dapat melihat buku hasil tulisan disusun bersebelahan mengikut siri buku tersebut. Tanpa saya sedari, ada seorang gadis berbangsa Cina mengambil empat siri buku hasil nukilan saya dan menuju ke arah ibunya yang duduk membaca buku di belakang rak buku itu bersama adiknya.
Ibu gadis itu mengangguk kepalanya apabila anaknya menunjukkan empat naskah buku kepadanya. Kemudian gadis itu membelek buku sambil diperhatikan oleh adiknya. Mereka berdua begitu seronok melihat kandungan buku itu sambil kakaknya menunjukkan sesuatu dengan jari kepada adiknya.......................................................
0 Comments:
Post a Comment
<< Home