Kunjungan ke Bandaraya Kuching (1)
"Bagaimana cuaca di Kuching?" tanya saya kepada pemandu teksi yang berbangsa Cina yang memandu teksi tuanya menuju ke arah bandaraya Kuching.
"Mmmmmm....." pemandu teksi hanya menganggukkan kepalanya tanpa menjawab soalan saya.
"Nampak gaya orang Kuching tak berapa peramah kepada orang luar," bisik hati kecil saya sambil melihat wajah pemandu teksi di cermin belakang.
Saya bersandar di tempat duduk dan mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk "How to market your books," yang dibeli di KLIA sebelum berlepas ke Kuching pada pagi itu. Keseronokan membaca buku itu membuatkan saya tak sedar teksi itu sudah tiba di hadapan Hotel Hilton yang bakal saya tinggal selama beberapa hari semasa urusan tugas di bumi Kenyalang.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home