©Hakcipta Terpelihara.

©Hakcipta Terpelihara. Jika ada pihak yang berminat untuk menggunakan sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya.

Friday, June 15, 2007

Islam di Negara Matahari Terbit

Apabila ditanya tentang jumlah penduduk negara Jepun yang beragama Islam, adalah sukar untuk menyatakan jumlahnya yang sebenar. Ada yang mengatakan jumlahnya sekitar 0.2 peratus dari jumlah penduduk Jepun seramai 120 juta orang ataupun mungkin 1,000 orang yang benar-benar mengamalkan kehidupan sebagai seorang muslim atau muslimah. Angka ini mungkin meningkat kepada beberapa ribu termasuk mereka yang memeluk agama Islam semata-mata untuk berkahwin dengan orang Islam.
Faktor ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti tidak cukup pakar ilmuwan dalam agama Islam di kalangan masyarakat Jepun itu sendiri. Menurut Nur Ad-Din Mori, yang tamat pengajian dalam bidang teologi dan pengajian Islam dari Universiti Umm al-Qura, Mekah, “Islam adalah agama yang memerlukan ilmu pengetahuan tentangnya.Kita tidak boleh memahami agama Islam tanpa mempelajarinya dahulu.”
Beliau merasakan aktiviti dan usaha dakwah yang dilakukan di negara Jepun selama ini terlampuau sedikit untuk mendatangkan hasil. Di samping itu, usaha untuk mengajar agama Islam dalam bahasa Jepun kepada masyarakat sangat kecil. Kebanyakan usaha dan aktiviti yang dijalankan untuk memperkenalkan dan memperkembangkan agama Islam selama ini semata-mata oleh warga asing yang beragama Islam dan bukan orang Jepun muslim.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home