©Hakcipta Terpelihara.

©Hakcipta Terpelihara. Jika ada pihak yang berminat untuk menggunakan sebarang maklumat dari blog ini, sila nyatakan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya.

Tuesday, June 26, 2007

Botak


Pada hari sabtu lepas, saya menghidupkan kereta lalu menuju ke kedai gunting rambut yang terletak 2 km dari rumah. Apabila tiba di hadapan kedai tersebut, satu keputusan sudah ada dalam tangan iaitu untuk membotak rambut.

"Stail apa bang?" tanya tukang gunting rambut yang berbangsa Indonesia sambil mempersilakan saya duduk di kerusi.

"Stail Shrfh Armnilah-latest fashion" balas saya dengan selamba.

"Bagaimana kalau abang pendekkan rambut sahaja daripada botak?" tukang gunting tak berapa setuju dengan rancangan saya.
"Kalau begitu, saya ikut sahaja." kata-kata tukang gunting itu membuatkan saya terfikir sejenak.
"Nombor satu atau nombor dua?" tanya tukang gunting sambil menunjukkan mesin ketam eletronik kepada saya.
"Nombor dua." balas saya tanpa mengetahui apa itu nombor satu atau pun dua.

"Tak berapa pendek. Macam mana dengan nombor satu?" pinta saya apabila melihat rambut saya masih satu inci panjang.

"Pendek sungguh rambut sehingga nampak kulit kepala." terkejut melihat perubahan pada wajah saya.

Setelah membayar harga gunting rambut, saya pulang ke rumah untuk melihat reaksi keluarga saya. "Abah dah botaklah mama!" jerit anak saya sejurus melihat saya turun dari kereta.

Saya pun masuk ke dalam rumah dan melihat anak saya berbisik sesuatu kepada isteri saya. Saya pun tertanya apa yang dibisikkan oleh anak saya. "Tak suka abah botaklah. kalau rambut macam mawi tak apalah." itulah yang dibisikkan oleh anak saya.


3 Comments:

Blogger MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Botak tetapi macho dan banyak fulus.

10:08 PM  
Blogger rezsan said...

Sahabatku Mya Marja, semoga kita semua diberkati oleh Allah Ta'ala dan murah rezeki.

3:34 AM  
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Saya sangka baru balik dari umroh!

5:05 AM  

Post a Comment

<< Home